Penjagaan Laptop

Tips umum menjaga laptop anda.

1. Pastikan ianya cukup sejuk

Laptop menjana banyak haba terutamanya jika anda menggnakan software terkini. Terlalu panas, anda berisiko merosakkan motherboard anda.
Pastikan laptop anda mempunyai ruang pengudaraan yang baik, dan pastikan anda tidak menghalang aliran angin dari kipas laptop kerana ianya satu satunya ruang udara yang ada!

Pastikan anda menghantar laptop anda kepada pakar untuk servis kipas laptop anda untuk mencuci habuk bila :
1) Laptop anda panas di bahagian kipas.
2) Setiap 6 bulan sekali.

Kipas akan diliputi habuk
Ini adalah masalah kritikal yang semua pengguna laptop tidak ketahui sehinggalah laptop mereka rosak. Selepas beberapa lama laptop anda pasti akan memerangkap habuk di kipas processor.
Ini menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak baik lalu laptop akan terlebih panas dan merosakkan komponen komponen seperti motherboard dan processor laptop
2. Berhati hati dengan skrin LCD anda

Elakkan dari menyentuh atau bermain dengan LCD skrin anda.
LCD anda boleh rosak menjadi garisan- garisan, keputihan, gelap tiada lampu. bergegar gegar, jadi TV rosak. berwarna hijau, merah atau kuning.
Untuk mengelakkan pecah atau retak… Pastikan anda tidak meletakkan kunci, duit syiling dan lain-lain.

3. Jangan jatuhkan laptop anda!

Kadang kadang kita tidak boleh mengelak dari perkara yang tidak diingini tetapi kita boleh kurangkan kesannya. Sentiasa gunakan beg laptop yang berkualiti ( walaupun berat), Elakkan dari menggunakan beg laptop yang cantik di luar tapi tidak melindungi!
Jangan bawa laptop anda merata rata tanpa menyimpannya di dalam beg dahulu!
Jadikannya amalan!
Jangan letakkannya di tepi tepi meja atau tempat tempat yang tidak stabil. Jika terjatuh, anda boleh memecahkan

LCD skrin, hinge (susah sangat jumpa)
Cover (pun susah sangat nak jumpa)
Frame (lagi sangat susah nak jumpa)
Hard Disk( mudah diganti tetapi data tidak dapat diganti)

Pastikan getah yang sepatutnya berada di bawah laptop masih ada dan berada dalam keadaan baik . Ini akan mengelakkannya dari tergelincir secara tak sengaja.
4. Jangan letak minuman berhampiran

Jika anda perlu minum ketika anda menggunakan laptop, pastikan anda tidak menumpahkannya!
Beberapa titis minuman anda jika tumpah ke laptop boleh membuatkan anda kerugian besar.
Keyboard , motherboard dan hard disk anda antara yang berisiko untuk rosak.
Motherboard laptop rosak kerana tertumpah air
Anda pasti tidak mahu membelanjakan beratus ratus ringgit angkara beberapa titis air bukan?